Latest

Rabu, 30 November 2016

Pesara maut Dibahan Buaya

Pesara maut Dibahan Buaya

LAHAD DATU : Seorang bekas kakitangan Majlis Daerah Lahad Datu yang baru bersara pada September lepas, maut dibaham buaya dalam kejadian pada tengah malam Selasa di pelabuhan Industri Kluster Minyak Sawit (POIC) dekat sini. 

Mayat Tigahari Madjami, 60, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bomba di sekitar lokasi kejadian kira-kira pukul 12.33 pagi Rabu. 

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Mohd Afendi K Ramin dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira 12.07 tengah malam dan 10 anggota SAR bergegas ke tempat kejadian. 

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali ketika dihubungi Bernama berkata kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang menangkap ikan di pelabuhan POIC.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Semporna dengan bantuan Majlis Daerah selepas dibedah siasat. Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. — BERNAMA

Rabu, 23 November 2016

Suspek Dicari Bantu Siasatan

Suspek Dicari Bantu Siasatan

Lahad Datu: Polis di sini mencari seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan pembunuhan di sebuah ladang persendirian di Batu 21, Jalan Lahad Datu-Kunak, pada 15 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah ACP Hamzah Ahmad berkata mereka mencari Mohd Juniezam Jumaad (gambar) atau Umpit, yang alamat terakhir adalah Kampung Tagas-Tagas, Lahad Datu untuk membantu siasatan.

Beliau berkata pada 15 Nov, pemilik ladang membuat laporan polis selepas mayat seorang lelaki berusia 20-an ditemui dalam ladang  berkenaan.

"Pemeriksaan ke atas badan itu mendapati enam kesan luka tembakan, dua di dada kanannya, satu di dada kiri, satu di bawah perut, satu di paha kanan dan satu lagi di atas paha kirinya.

"Sementara satu lahi luka di kepalanya dipercayai disebabkan oleh hentakan kuat atas batu besar selepas ditembak," katanya.

Hamzah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu untuk menghubungi 089-881255 atau balai polis berhampiran.
Ibu tampar, tumbuk bayi 42 kali ditahan polis

Ibu tampar, tumbuk bayi 42 kali ditahan polis

TASHKENT - UZBEZKISTAN. Seorang wanita ditahan selepas rakaman beliau menampar dan menumbuk bayinya viral di laman sosial.

Laporan Mirror UK mengatakan wanita berkenaan berbuat sedemikian terhadap anaknya kerana mangsa tidak berhenti menangis.

Ketika kejadian, wanita tersebut tidak menyedari tindakannya dirakam oleh anak rakannya yang berusia lapan tahun.

Jurucakap polis, Almas Sadubaev mengesahkan wanita tersebut dikenal pasti sebagai Aygul Kozhabaevna dan mengaku melakukan perkara tersebut.

Selain berhadapan dakwaan melakukan kekerasan terhadap kanak-kanak, Aygul juga bakal menghadapi tuduhan tinggal di Uzbezkistan secara tidak sah.
Rasuah d Labuan : Enam Diambil Keterangan

Rasuah d Labuan : Enam Diambil Keterangan

Labuan: Enam individu sudah dipanggil memberi keterangan berhubung siasatan kes pengarah di agensi persekutuan, di sini, yang disyaki menerima rasuah bagi meluluskan projek pembinaan medan selera di pulau ini.

Sumber-sumber yang rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata individu terbabit adalah kakitangan kerajaan dan orang awam.

"Bagaimanapun, sehingga ini, tiada tangkapan baru dibuat SPRM berhubung kes ini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

artikel semalam

Labuan: Pengarah sebuah agensi Kerajaan Persekutuan di Labuan bersama dua kontraktor direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes salahguna kuasa dan menerima rasuah.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Haizah Tamin di Mahkamah Majistret Labuan.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek dibawa ke mahkamah itu kira-kira jam 11 pagi.

Suspek ditahan reman mengikut Seksyen 17 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Semalam, pengarah berusia 59 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 11.50 pagi

Manakala, kedua-dua suspek lelaki berusia 40-an yang juga kontraktor dari syarikat sama itu pula ditahan di Ibu Pejabat SPRM Cawangan Labuan kira-kira jam 6.30 petang.

SPRM turut membekukan 12 akaun bank milik pengarah dan ahli keluarganya yang mengandungi wang berjumlah kira-kira RM889,000.
Dadah Syabu: Polis Kudat Tahan Tiga Lelaki

Dadah Syabu: Polis Kudat Tahan Tiga Lelaki

KUDAT: Polis di sini menahan tiga lelaki yang dipercayai pendatang asing tanpa izin kerana disyaki memilik dadah.

Ketua Polis Daerah Kudat Supritendan Polis Douglas berkata, ketiga-tiga suspek yang tidak mempunyai dokumen itu ditahan pada 21 November jam lebih kurang 10 malam, di Jeti Angkasa Lama di sini oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Kudat yang menjalankan penugasan “Ops Tapis”.

Katanya, bertindak menahan tiga lelaki berkenaan kerana dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan awal terhadap tiga lelaki berkenaan polis tidak menjumpai apa-apa barang,” katanya kepada media kelmarin.

Walau bagaimanapun pemeriksaan lanjut telah dijalan di kawasan tempat duduk tiga lelaki berkenaan dapati satu uncang kain warna merah jenama MIKIHOUSE yang terletak di tempat duduk mereka.

“Pemeriksaan telah dijalankan keatas uncang kain tersebut didapati terdapat empat peket plastik berlainan saiz, tiga peket mengandungi plastik pelbagai saiz warna cerah yang telah di ubahsuai berisi ketulan ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu, dan satu lagi peket plastik yang mengandungi ketulan ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu yang dianggar 8.65 gram bernilai kira-kira RM1,600,” jelas Douglas.

Beliau berkata, tangkapan dan dadah yang dirampas dibawa ke pejabat BSJN IPD Kudat untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam masa yang sama Douglas menasihatkan masyarakat di daerah ini agar jangan mudah terjebak dengan gejala dadah.

Beliau turut meminta kepada masyarakat di sini agar sentiasa bekerjasama dengan pihak polis mencegah membenteras pengedaran dadah disamping mengawasi pergerakan anak-anak.

Selasa, 22 November 2016

Penampang: Tukang Kebun maut Disambar Petir

Penampang: Tukang Kebun maut Disambar Petir

PENAMPANG: Seorang lelaki maut, rakannya parah dipercayai disambar petir di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.20 petang, mangsa yang maut ialah Fazlie Lai Fauzi, 33, tukang kebun sekolah berkenaan, manakala rakan sekerjanya, Maidah Banir, 46, dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth (QEH), Kota Kinabalu.

Difahamkan sebelum kejadian, dua mangsa terbabit melakukan kerja penyenggaraan rumput di padang sekolah berkenaan.  

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.  

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik QEH untuk dibedah siasat manakala rakannya masih dirawat.  "Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut akibat dipanah petir," katanya.
Pengarah, dua kontraktor di Labuan direman tujuh hari

Pengarah, dua kontraktor di Labuan direman tujuh hari

Seorang Pengarah sebuah agensi kerajaan Persekutuan di Labuan bersama dua kontraktor direman tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes salah guna kuasa dan menerima rasuah.

Perintah reman yang berkuat kuasa hari ini sehingga 28 November itu dikeluarkan Majistret Haizah Tamin selepas ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Labuan kira-kira jam 11 pagi ini.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 kerana menerima dan memberi suapan.

Semalam, Pengarah berusia 59 tahun itu ditahan  di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 11.50 pagi manakala kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40an yang merupakan kontraktor dari syarikat sama  itu pula ditahan di Ibu Pejabat SPRM Cawangan Labuan kira-kira pukul 6.30 petang.

SPRM turut membekukan 12 akaun bank milik pengarah dan ahli keluarganya yang mengandungi wang berjumlah kira-kira RM889,000 yang merupakan sebahagian daripada jutaan wang yang dipercayai diperoleh aktiviti rasuah oleh suspek.

SPRM akan terus mengesan wang di akaun-akaun bank milik suspek kerana dipercayai telah dipindahkan.
Terbabas Ke Arah Jalan Bertentangan

Terbabas Ke Arah Jalan Bertentangan

KOTA KINABALU: Dua individu maut manakala dua lagi selamat dalam satu kemalangan libatkan tiga kenderaan di Jalan Kota Kinabalu-Papar pada sabtu lepas.

Kejadian pada jam 4.45 petang membabitkan kereta pacuan empat roda, Toyota Vios dan Nissan vannette.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superitendan Rosley Hobden berkata mangsa yang maut adalah pemandu dan penumpang Isuzu Lavender.

Difahamkan sebelum kemalangan itu kesemua mangsa dari arah Kota kinabalu menuju ke Papar.

Sebaik berada di tempat kejadian Isuzu Lavender yang berada di lorong kiri gagal mengawal kenderaannya dan melanggar bahagian hadapan Van Nissan di lorong tengah.

Akibatnya Isuzu terbabit terbabas sebelum berpusing dan melanggar Vios yang berada di lorong kanan.

Selepas merempuh Vios kereta Isuzu kemudiannya melanggar pembahagi jalan dan terbabas ke seberang jalan sebelum terbalik mengiring ke arah jalan Kota kinabalu.

Penumpang Isuzu itu tercampak ke jalan raya dan meninggal dunia serta merta dan pemandunya dikejarkan ke hospital namun turut disahkan meninggal dunia.

Kse berkenaan disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.